http://lepaknetmayafm.blogspot.my
...Selamat datang ke LepakNet.MayaFM forum..sila login atau register bagi yang belum berdaftar...

http://lepaknetmayafm.blogspot.my

LepakNet.MayaFM :- Melodi iRama Harmoni
PortalHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 Etika Dlm Server Muah2x

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
LNetFM
Ahli Aktif Giler
Ahli Aktif Giler
avatar

Posts : 44
Join date : 19/11/2009

PostSubject: Etika Dlm Server Muah2x   Tue Dec 08, 2009 7:40 pm

Etika-etika LepakNet IRC Network

Panduan ini dibuat untuk memberi suatu gambaran bagaimana menjadi seorang pengguna IRC yang baik di LepakNet Server. Terdapat dokumen lain yang akan memberi panduan lebih mendalam mengenai topik-topik ini. Lokasi dokumen akan diberi supaya dapat menambah pengetahuan anda.

Terdapat beberapa perkara anda tidak patut lakukan semasa berada di LepakNet. Ini termasuk membanjir, pengiklanan berleluasa (termasuk jemputan berleluasa ke suatu cenel), penggunaan proxy terbuka (open proxy abuse), klon dan menyalahgunakan perkhidmatan.

IRC (Internet Relay Chat) adalah satu pengembaraan yang amat menarik dan terbuka kepada sesiapa yang mempunyai Perkhidmatan Internet. Terdapat beberapa perkara yang seseorang pengguna itu boleh lakukan untuk mengelakkan masalah kepada pengguna lain di rangkaian chat. Setiap aktiviti mempunyai etikanya tersendiri termasuk IRC.

Kandungan

1. Nama Samaran Kamu [Nick]
2. Memasuki Cenel
3. Perbualan Cenel
4. DCC
5. Operator Cenel
6. Cenel Bantuan
7. Mengejar/Gangguan Ketenteraman
8. Operator IRC

1· Nama Samaran Kamu

Apabila anda berbual (Chat) di IRC, anda digalakkan menggunakan nama samaran di mana orang lain akan mudah mengenali anda. Nama samaran adalah gambaran pertama orang mengenali anda. Pemilihan nama samaran amat penting. Nama samaran yang mengandungi perkataan lucah (kami tahu perkataan-perkataan yang dimaksudkan di sini) atau mengenai aktiviti sulit tidak patut digunakan. Elakkan daripada menggunakan jarak dan karektor yang tidak sepatutnya.

Anda boleh mendaftarkan nama samaran anda dengan kata laluan untuk mengelakkan orang lain daripada menggunakannya. Anda juga boleh melawat cenel-cenel bantuan seperti #Help untuk bantuan.

2· Memasuki channel

Selepas anda menghubungkan ke Irc.LepakNet.Com, anda boleh memasuki cenel dengan menaip

/join #namacenel (#namacenel adalah cenel yang ingin anda masuki).
Contohnya, jika kamu ingin masuk channel #Help, kamu akan menaip
/join #Help

Adalah amat penting sekali untuk anda membaca topik sesebuah cenel. Biasanya peraturan cenel boleh didapati dalam topik cenel. Kadangkala, anda akan melihat ucapan daripada bot cenel. Kamu mungkin dapat polisi cenel itu dalam ucapannya itu. Dicadangkan untuk kata 'hai' dan memerhatikan apakah tujuan cenel itu dan bagaimana pengguna bertutur. Pastikan ucapan anda pendek dan tidak panjang lebar. Perbualan adalah perbualan biar di IRC ataupun dalam dunia sebenar dan mengganggu perbualan orang tidak patut dilakukan. Jangan sesekali terus menggunakan cenel itu dengan tidak bersopan dan/atau membaca peraturan/polisi cenel itu. Ia akan mengakibatkan anda dikenakan sekatan (ban) dari cenel itu.

3· Perbualan Channel

Anda harus ingat bahawa orang ramai akan membentuk pandangan mereka terhadap anda berdasarkan tingkah laku dan komen anda, jadi eloklah anda memikirkan sebelum menghantar sesuatu mesej itu. Sekali ia dihantar, ianya tidak boleh ditarik balik.

Topik dan cara perbualan antara cenel tidak sama. Lebih baik untuk kurang berbual dan memikirkan apakah yang sedang berlaku di cenel itu. Jika kamu tidak suka sesuatu mengenai cenel itu, carilah cenel lain.

Gunakanlah bahasa yang telah ditetapkan oleh cenel itu. Jika perbualan cenel itu dalam Bahasa Inggeris, gunakanlah Bahasa Inggeris. Jika perbualannya dalam Bahasa Melayu, gunakanlah Bahasa Melayu. Jangan menetapkan kehendak bahasa anda itu yang bertentang dengan bahasa yang digunakan di cenel itu.

Elakkan diri daripada memberi komen kritikal terhadap ejaan atau kemahiran menaip orang lain. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

IRC merupakan satu tempat yang baik supaya orang tidak mengenali diri anda yang sebenar. Elakkan diri daripada bertanyakan soalan peribadi atau gambar sehingga anda mengenalinya dengan lebih rapat.

Ada beberapa cenel gemar bermain lagu seperti wav atau mp3, dan ada yang tidak. Tunggu dan perhatikan apa yang dibuat oleh pengguna cenel itu sebelum anda menggunakan lagu anda. Jika anda mempunyai beberapa fail x-rated, anda tidak patut menggunakan pemain automatik sehingga kamu pasti ia dibenarkan di cenel itu.

Kesenian ASCII adalah amat menarik terutamanya dengan klien IRC baru yang menyokong penggunaan warna. Perhatikan cenel itu sebelum mempamerkan kepunyaan anda. Jika anda tidak pasti, sila tanya terlebih dahulu. Ada beberapa cenel yang tidak membenarkan penggunaan warna.

Ada beberapa orang yang suka mengadakan perbualan sulit melalui /msg dan ada yang tidak. Elakkan diri anda daripada memulakan perbualan persendirian dengan orang yang tidak dikenali. Berbual dengan mereka terlebih dahulu dalam cenel untuk suai kenal.

4· DCC

Ramai pengguna tidak gemar menerima fail DCC daripada orang yang tidak dikenali. Tetapkan opsyen DCC anda supaya anda tidak menerima fail itu secara automatik. Virus yang boleh merosakkan data atau menyebabkan fail peribadi anda dilihat/diaksess oleh orang lain boleh dihantar melalui DCC. Sama ada anda tetapkan opsyen tidak menerima DCC atau mempunyai pilihan untuk menerima fail DCC jika perlu.

Muah2x mempunyai satu sistem yang menghentikan penghantaran fail dengan virus. Jika anda inginkan fail itu dan ia dihalang, anda boleh menaip

/dccallow +nama penghantar
yang akan membenarkan anda menerima fail itu.

5· Operator Channel

Operator cenel adalah pengguna yang berada atas sekali dalam senarai pengguna cenel dengan tanda @ depan nama samaran mereka. Mereka bertanggungjawab memastikan operasi cenel berjalan dengan lancar. Di beberapa cenel, ada operator yang mengawal cenel itu dengan tegas dan berhak membuat keputusan. Jika kamu tidak pasti sama ada sesuatu yang anda ingin lakukan itu dibenarkan atau tidak, eloklah kalau bertanya terlebih dahulu. Jika seorang pengguna telah melakukan kesalahan, operator cenel mempunyai pilihan untuk tendang pengguna keluar dari cenel dengan sebab walaupun ia tidak perlu diberikan. Jika pengguna itu masih degil dan berterusan, sekatan (ban) boleh dikenakan atas pengguna itu. Sekali lagi ambil perhatian bahawa sebab untuk sekatan itu tidak perlu diberikan.

Menjadi seorang operator cenel adalah satu keistimewaan yang diberi oleh pengurusan cenel itu. Jika anda ke cenel orang dan meminta status operator adalah sesuatu yang tidak elok dilakukan. Bertanyakan soalan yang sama secara beransur-ansur adalah satu sebab orang tidak inginkan anda berada di cenel itu. Jika kamu adalah pengguna aktif di cenel itu dan diperhatikan sebagai pengguna baik di cenel itu, anda mungkin akan dijemput menjadi seorang operator di cenel itu. Kebanyakkan cenel bantuan memerlukan anda lulus ujian atau menjalani latihan khas sebelum anda boleh menjadi seorang operator cenel itu.

Operator cenel bantuan LepakNet tidak melibatkan diri dengan masalah pengurusan cenel. Sama juga dengan Operator IRC. Masalah ini elok diselesaikan dengan orang yang kamu berselisihan dengan itu. Jika kamu ditendang atau disekat dari cenel itu, anda perlu menghantar /msg kepada operator cenel untuk bertanya sebab dan jika sekatan itu boleh dikeluarkan. Jika anda tidak mendapat sebarang balasan, anggaplah anda disekat untuk sementara waktu.

6· Cenel Bantuan

Terdapat beberapa cenel bantuan rasmi di LepakNet. Ada juga cenel bantuan yang tidak rasmi tetapi amat berguna di mana-mana rangkaian IRC.

Apabila anda masuk ke suatu cenel bantuan, jangan tanya soalan anda berulang kali. Adakalanya pembantu mungkin sibuk memberi bantuan kepada orang lain dan ini boleh mengakibatkan kekeliruan jika anda terus mengarah untuk bantuan. Jika terdapat sedikit operator yang bertugas, anda perlu tunggu sebelum mendapat bantuan.

Pastikan anda tahu apa yang anda ingin tanya dan anda berada di cenel bantuan yang betul.

#Help merupakan cenel bantuan. Ini bermaksud anda perlu menunggu untuk seorang Operator masuk ke dalam cenel. Jangan menghantar notice atau mesej ke Operator cenel itu. Pengguna hanya boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan di dalam cenel sahaja. Jika kamu menghantar notis dan mesej ke Operator cenel itu, anda akan ditendang keluar dan perlu menunggu lebih lama.

Anda akan mendapat balasan secepat mungkin. Berikan sedikit masa. Kadangkala, operator cenel sibuk memeriksa rekod perkhidmatan. Walaupun anda tidak mendapat jawapan dengan terus, ia tidak bermaksud orang telah lupakan anda. Bertanyakan soalan berulang kali hanya akan melambatkan proses balasan.

Anda boleh belajar pelbagai perkara semasa berada di channel bantuan. Walaubagaimanapun, perbualan adalah terhad. Sesetengah cenel bantuan menghadkan masa anda boleh memerhatikan. Bacalah topik cenel itu kerana ia mungkin mengandungi peraturan serta polisi cenel itu. Gangguan berterusan kepada proses bantuan akan menyebabkan anda disekat (ban) dari cenel itu.

7 · Mengejar/Gangguan Ketenteraman

Mengejar atau (stalking) bererti seorang pengguna itu ikut anda dari cenel ke cenel. Gangguan ketenteraman boleh terjadi akibat penggunaan /msg dan lain lain cara mendapatkan perhatian pengguna yang tidak diinginkan oleh pengguna itu. Jika seseorang itu mengganggu anda dan anda menggunakan mIRC, sila gunakan arahan

/ignore nick 3.

Ini akan menyebabkan orang itu tidak dihiraukan walaupun dia menukar nama samarannya. Jika orang itu menukar sambungannya, anda perlu meletak /ignorenick 3 yang baru.

Anda juga boleh menggunakan

/silence nick

Ini akan menghentikan pengacau itu. Jika kamu terasa gangguan ini adalah satu ugutan, anda boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Internet orang itu. Anda boleh memastikan ini dengan menggunakan arahan /whois nick.

Jika anda melihat semuanya nombor, sila gunakan

/dns nick


untuk melihat jika ia akan memberikan Pusat Perkhidmatan Internet itu. Hantarkan salinan kejadian itu dengan maklumat pengguna itu kepada abuse@user.net (Pusat Perkhidmatan Internet si pengganggu). Dalam keadaan serius, anda boleh menghubungi agensi penguatkuasa undang- undang tempatan di tempat anda untuk bantuan.

8· Operator IRC

Operator IRC adalah orang-orang yang bertanggungjawab untuk penjagaan pelayan (server) individu dan LepakNet Network secara keseluruhan. Mereka bukannya 'anggota polis' IRC, tetapi mereka akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukan sesuatu yang melanggar polisi atau mengganggu operasi LepakNet. Operator IRC bertugas menjaga pelayan dan memastikan rangkaian LepakNet beroperasi sebagai satu unit. Ada juga Operator IRC yang boleh membantu dengan masalah kata laluan. Anda boleh menemui mereka di cenel #Help.

Anda tidak boleh "berdaftar" atau mengisi "aplikasi" untuk menjadi seorang Operator IRC. Sila gunakan arahan /motd untuk melihat polisi permintaan status Operator IRC. Mendesak untuk menjadi seorang Operator IRC akan menyebabkan nama samaran anda diletak di bawah senarai pengguna yang terakhir. Ia juga boleh mengakibatkan anda dipaksa keluar dari rangkaian tanpa notis pemberitahuan jika kamu enggan.

Sila hantar maklum balas dan komen kepada http://www.lepaknet.com/ mengenai dokumen ini (bukan permintaan bantuan). Jika perlu bantuan mengenai apa-apa yang tidak terkandung dalam dokumen ini, sila masuk ke #help LepakNet

HakCipta © 2009-12-08 Rangkaian IRC LepakNet.Com by Q
Back to top Go down
View user profile http://lnetfm.blogspot.com/
 
Etika Dlm Server Muah2x
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
http://lepaknetmayafm.blogspot.my :: IRC Links Server-
Jump to:  

Designed by faEQ | Best View : Firefox

Free forum | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Create your own blog