http://lepaknetmayafm.blogspot.my
...Selamat datang ke LepakNet.MayaFM forum..sila login atau register bagi yang belum berdaftar...

http://lepaknetmayafm.blogspot.my

LepakNet.MayaFM :- Melodi iRama Harmoni
PortalHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 Sekadar renungan bersama

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
LNetFM
Ahli Aktif Giler
Ahli Aktif Giler


Posts : 44
Join date : 19/11/2009

PostSubject: Sekadar renungan bersama   Sat Jun 26, 2010 10:36 am

Terperangkap di pusara ibu...

Sekadar renungan bersama.


Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul
di kedai pada tengahari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual
hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain
menggeleng-gelengkan kepala.


Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya
di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah
mereka.


" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din,
kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak
dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari
kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain
benar apa yang mereka katakan itu.


" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung
Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi
lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni
orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".


" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..


Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah
hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan
tahun itu meminta wang daripada ibu nya untuk keluar bersama
kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibu nya yang sudah
berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.


" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak. " Mana emak
ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibu nya perlahan. Sambil itu
dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun tahun dia mengidap
darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.


" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,"
kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibu
nya. " RM 20 aja! " si gadis berkata. " Tak ada," jawab ibu nya. " Emak
memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.


" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibu nya menerangkan, gadis
tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau
dengar! " " Kalau emak ada du... " ibu nya menyambung , tapi belum pun
habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang,
boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "


Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibu nya dan menolaknya
kepintu. Si ibu jatuh kelantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya
perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.


Gadis tersebut tidak menghiraukan ibu nya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam
bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,
suasana sunyi sepi.


Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya dia kerana ibu nya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke
pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.


Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibu nya,tapi
tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibu nya itu. Melalui
jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.


Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30
tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak
terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat
bantu."


" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibu nya serta-merta
jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibu nya di
tepi kubur."


Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut
jenazah ibu nya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat
mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.


Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibu nya ke dalam
lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si
gadis mula cemas.


" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. "
Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! "
balas si gadis yang kian cemas.


Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.


" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak
naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.


Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis
tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk
menariknya keluar, juga tidak berhasil.


" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis
memandang ayah dan adik beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.


Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak
di tanah. Tangisannya bertambah kuat.


" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata
si gadis sambil meratap." Itulah, kamu yang buat emak sampai dia
meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si
ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.


Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.


" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis.
Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak
boleh diempang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah,
Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis
lagi sambil memeluk jenazah ibu nya yang telah kaku.


Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus.


" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibu nya tak dapat dilihat
lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam
mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.


" Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia
keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak
awak kita selamatkan," balas imam.


Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus keseluruhan jenazah ibu nya.


Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila
talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
meminta ampun kepada ibu nya dengan linangan air mata. Selesai upacara
itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.


" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar
sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur
lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah,"
kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke
kubur.


Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah
kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju
kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai
yang sedang bersesak-sesak.


Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan
paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana
di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa
puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok
rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan
senjata masing-masing.


Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis
berkenaan adalah kenalan saya.


" Pssstt...Raie. ..Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan
saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu? " saya
bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.


" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan
seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir
ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.


Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah,
saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie,
seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya
berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua,
tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis
berkenaan.


Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang
polis memerhatikan kedatangan saya.


Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya
saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang
berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu
memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.


Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya
lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada
emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."


Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah
ibu nya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil
juga.


Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak d ibu at untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.


" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus meratap meminta ampun daripada arwah ibu nya.


Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka,
cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.


Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama,
dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.


Malangnya saya tidak dapat lama di sana . hanya 10 - 15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu
tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya
emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat,
aku insaf..."


Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan
adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan
airmatanya.


Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan
itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar
berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka
merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,
permintaan itu terpaksa ditolak.


Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibu nya sementara dia
tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan
malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya
terngiang-ngiang di telinga saya.


Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun
minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik
beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan
berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.


Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi
oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida
menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.


Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan
matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga
kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih
sangat dengan apa yang dilakukannya.


Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan
seperti mayat-mayat lain.


Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.
Back to top Go down
View user profile http://lnetfm.blogspot.com/
 
Sekadar renungan bersama
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
http://lepaknetmayafm.blogspot.my :: Segmen Agama-
Jump to:  

Designed by faEQ | Best View : Firefox

Free forum | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Create your own blog