https://lepaknettfm.blogspot.com
...Selamat datang ke LepakNetFm.sila login atau register bagi yang belum berdaftar...
https://lepaknettfm.blogspot.com
...Selamat datang ke LepakNetFm.sila login atau register bagi yang belum berdaftar...
https://lepaknettfm.blogspot.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

https://lepaknettfm.blogspot.com

LepakNetFm Radio Muzik Rilex Anda
 
HomeGalleryPublicationsLatest imagesSearchRegisterLog in
Download for Player

 photo xiialive-1.jpg
By QServ Net And DjAbgMie
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Services LepakNet.Network
Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeTue Aug 16, 2011 1:50 pm by LNetFM

» Hari Jumaat
Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeMon Jun 28, 2010 1:31 am by LNetFM

» panduan asas fardhu ain
Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeMon Jun 28, 2010 12:39 am by LNetFM

» Berkongsi sedikit ilmu dari JAKIM
Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 5:53 pm by LNetFM

» Kisah Abu Yazid Al-Bustami
Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 5:09 pm by LNetFM

» Keistimewaan Wanita
Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 5:03 pm by LNetFM

» Sekadar Renungan Bersama
Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 4:33 pm by LNetFM

» Health - Important Tips:
Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 4:12 pm by LNetFM

» Sekadar renungan bersama
Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 3:36 pm by LNetFM

Forum

 

 Kisah Abu Yazid Al-Bustami

Go down 
AuthorMessage
LNetFM
Ahli Aktif Giler
Ahli Aktif Giler
LNetFM


Posts : 44
Join date : 19/11/2009

Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Empty
PostSubject: Kisah Abu Yazid Al-Bustami    Kisah Abu Yazid Al-Bustami  Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 5:09 pm

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan
oleh mimpinya supaya pergi ke gereja

Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia
dengan pakaian dan cara yang

diberitahu dalam mimpinya.


Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang
hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua
Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia

tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ' ada
orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.'


Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh.
Namun ketua paderi

menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya
mereka dapat

mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.


Menjawab 50 soalan bertanya satu soalan

Ketua paderi berkata, 'wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan
pertanyaan kepada

kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan
mengikut agama

kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan
membunuh kamu.'


Jawab Abu Yazid, 'baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin
tanyakan.'


Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini
Abu Yazid menjawabnya

dengan tepat. Kata Abu Yazid, 'saya sudah jawab semua pertanyaan
tuan. Sekarang ada lagikah

soalan-soalan lain?'


Semua pendeta menjawab, 'tidak ada lagi,'


Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. 'beritahu
saya kunci Syurga

dan Neraka langit.'


Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa
memang mereka tidak

tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab
sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.


Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya,
'bukan saya tidak mahu

menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.'


Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka
mendesak juga dan bersedia

untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.


'bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah 'LAILA
HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH.' Tegas ketua paderi.


Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, 'memang
benar kata ketua kamu ini.'


Semua paderi memeluk Islam

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan
pengikut-pengikutnya.


'Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu
itu adalah benar. Saya

tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya
fikirkan hendak menyampaikan

perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang
sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu
waktu.'


'Dari mana tuan mengetahui perkara ini?' Tanya salah seorang paderi.



'Dari ketua sebelum saya.' Jelas ketua paderi.


'Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa
perkara yang dikatakan itu

adalah benar.' Sambung ketua paderi itu.


'Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!'


Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam
disebabkan oleh Abu Yazid.


Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi
telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah
menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!


Kandungan dialog ketua paderi dengan Abu Yazid Al-Bustami


1.

Yang satu tidak ada duanya

Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu
baginya.


2.

Yang dua tiada tiganya

Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila
pergi siang datanglah malam.


3.

Yang tiga tiada empatnya Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu
Subhanahu Wataala.


4.

Yang empat tiada limanya

Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.


5.

Yang lima tiada enamnya Islam telah memfardukan solat lima
waktu: Zohor, Asar, Maghrib,

Ishak dan Subuh.


6.

Yang enam tiada tujuhnya

Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua
tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.


7.

Yang tujuh tiada lapannya

Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab
Suci juga.


8.

Yang lapan tiada sembilannya

Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di
dalam Kitab Suci (ertinya):

dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah
lapan Malaikat.


9.

Yang sembilan tiada sepuluh

Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi
Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam
kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang

menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.


10.

Sepuluh yang sempurna

Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji
sebagaimana firman Allah Taala

(ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa
tiga hari semasa haji dan tujuh

hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.


11.

Yang sebelas

Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.


12.

Yang dua belas

Bilangan bulan dalam setahun.


13.

Yang tiga belas

Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci:
Sesungguhnya Aku melihat

sebelas bintang, matahari dan bulan.


Jumlahnya tiga belas.


14.

Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga

Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka
memberitahu ayah mereka

Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala.
Mereka membawa pakaiannya

yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu
adalah suatu dusta.


15.

Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka

Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah
Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata


Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani
pula kaum Yahudi itu tidak

benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara
satu dengan lain, namun

mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka
iaitu mempercayai

agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam
sebagai agama yang

sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.


16.

Tempat roh dalam badan manusia

Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui
hakikatnya oleh Allah Taala

kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan
firmannya (ertinya): katakan

roh itu dari perkara urusan Tuhanku.


17.

Al Zariyati Zarwa

Nama empat macam angin.


18.

Al Hamilati Wakra

Awan gemawan di dada langit.


19.

Al Jariyati Yusra

Perahu-perahu yang belayar di laut.


20.

Al Mukassimati Amra

Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada
manusia pada malam Nisfu Syaaban.


21.

Yang empat belas

Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman
Allah Taala (ertinya): Maka

Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh
lapis bumi, datanglah kepada

aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka
berkata kedua-dua langit dan bumi, 'kami akan datang kepadamu secara
patuh dan taat.'


22.

Kubur yang berjalan dengan penghuninya

Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus
Alaihissalam di bawa oleh ikan ke

mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin
Allah Taala.


23.

Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.

Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila
ia terlepas.


24.

Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.

Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam
di dalam botol iaitu air peluh kuda.


25.

Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan
daripada punggung lelaki dan

daripada perempuan
.

Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi
Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih
kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.


26.

Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.


Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah
Taala (ertinya): sesungguhnya

suara yang paling buruk ialah suara keldai


27.

Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.

Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.


28.

Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.

Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya):
sesungguhnya tipu helah wanita adalah

uatu

tipu helah besar atau berat.


29.

Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.

Tongkat Nabi Musa Alaihissalam


30.

Wanita yang paling utama.

Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah
(isteri Firaun) dan Maryam

Binti Imran.


31.

Gunung yang paling utama

Gunung Tursina


32.

Binatang yang paling utama.

Kuda.


33.

Bulan yang paling utama.

Bulan Ramadhan.


34.

Malam yang paling utama.

Lailatul Qadar.


35.

Tentang Atta’mah

Hari Kiamat.


36.

Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun,
setiap daun ada lima kembang,

dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.


Pohon itu 'tahun' yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari.
Lima itu ialah lima waktu solat


37.

Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak
mempunyai roh dan tidak wajib haji.


Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.


38.

Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya
satu
.

Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air
telinga pahit, air hidung masin

dan air mulut tawar.


39.

Nakir, fatil dan kitmir.

Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah
titik yang terdapat di dalam benih

dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.


40.

Sabid dan Labad

Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.


41.

Sam dan Ram.

Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.


42.

Maksud keldai Makwak.

Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah
melaknatnya.


43.

Maksud anjing menyalak.

Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni
neraka dari kemurkaan

Allah yang maha berkuasa.


44.

Maksud jeritan kuda.

Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika
tentera berpadu menyerang

musuh dengan penuh semangat.


45.

Maksud jeritan unta.

Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila
(ertinya): Memadailah

Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.


46.

Maksud nyanyian burung Bulbul.

Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada
waktu petang.


47.

Maksud bunyi katak.

Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana
sahaja ada makhluknya

dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.


48.

Maksud kata-kata burung Nakus.

Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak
Adam! Lihatlah di barat

dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.


49.

Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan
dari kumpulan jin,

manusia dan Malaikat
.

Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan
Tuhan kamu telah mewahyukan

kepada lebih...


50.

Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.

Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.
Back to top Go down
https://lepaknettfm.blogspot.com/
 
Kisah Abu Yazid Al-Bustami
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
https://lepaknettfm.blogspot.com :: Segmen Agama-
Jump to:  

Designed by faEQ | Best View : Firefox

Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions