http://lepaknetmayafm.blogspot.my
...Selamat datang ke LepakNet.MayaFM forum..sila login atau register bagi yang belum berdaftar...

http://lepaknetmayafm.blogspot.my

LepakNet.MayaFM :- Melodi iRama Harmoni
PortalHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 Berkongsi sedikit ilmu dari JAKIM

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
LNetFM
Ahli Aktif Giler
Ahli Aktif Giler


Posts : 44
Join date : 19/11/2009

PostSubject: Berkongsi sedikit ilmu dari JAKIM   Sat Jun 26, 2010 12:53 pm

Perihal Mandi WAJIB

Berkongsi sedikit ilmu dari JAKIM

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut, tetapi jgn terkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yg betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Hj Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul, " tegas beliau.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."

Atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

"Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala. Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah
satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyiram air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut
uztaz Hj Mat Jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yangg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. "jika
rambut seseorag itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau
sanggul itu wajib la dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap
batin. Tetapi sekiranya bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.aMembuang kotoran di dalam kuku
itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
"Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dgn pewarna selain inai, jika dia hendak mandi
wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tapi untuk membuang pewarna
itu pula bagaimana?..ini lah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarrnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib org yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dgn inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."

"Tapi dlm hal ini, jangan pula ada yang salah paham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukan lah bermaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal
ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius oleh umat islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, uztaz Hj Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri drp 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

"Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air
paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur. Itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh."
Back to top Go down
View user profile http://lnetfm.blogspot.com/
 
Berkongsi sedikit ilmu dari JAKIM
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
http://lepaknetmayafm.blogspot.my :: Segmen Agama-
Jump to:  

Designed by faEQ | Best View : Firefox

Free forum | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Free blog