https://lepaknettfm.blogspot.com
...Selamat datang ke LepakNetFm.sila login atau register bagi yang belum berdaftar...
https://lepaknettfm.blogspot.com
...Selamat datang ke LepakNetFm.sila login atau register bagi yang belum berdaftar...
https://lepaknettfm.blogspot.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

https://lepaknettfm.blogspot.com

LepakNetFm Radio Muzik Rilex Anda
 
HomeGalleryPublicationsLatest imagesSearchRegisterLog in
Download for Player

 photo xiialive-1.jpg
By QServ Net And DjAbgMie
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Services LepakNet.Network
Hari Jumaat Icon_minitimeTue Aug 16, 2011 1:50 pm by LNetFM

» Hari Jumaat
Hari Jumaat Icon_minitimeMon Jun 28, 2010 1:31 am by LNetFM

» panduan asas fardhu ain
Hari Jumaat Icon_minitimeMon Jun 28, 2010 12:39 am by LNetFM

» Berkongsi sedikit ilmu dari JAKIM
Hari Jumaat Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 5:53 pm by LNetFM

» Kisah Abu Yazid Al-Bustami
Hari Jumaat Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 5:09 pm by LNetFM

» Keistimewaan Wanita
Hari Jumaat Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 5:03 pm by LNetFM

» Sekadar Renungan Bersama
Hari Jumaat Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 4:33 pm by LNetFM

» Health - Important Tips:
Hari Jumaat Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 4:12 pm by LNetFM

» Sekadar renungan bersama
Hari Jumaat Icon_minitimeSat Jun 26, 2010 3:36 pm by LNetFM

Forum

 

 Hari Jumaat

Go down 
AuthorMessage
LNetFM
Ahli Aktif Giler
Ahli Aktif Giler
LNetFM


Posts : 44
Join date : 19/11/2009

Hari Jumaat Empty
PostSubject: Hari Jumaat   Hari Jumaat Icon_minitimeMon Jun 28, 2010 1:31 am

Hari Jumaat tiba lagi, penghulu segala hari. Nak sambung sikit tentang kematian. Setiap
yang hidup pastikan mati. Hanya masa dan waktunya sahaja tidak kita ketahui. Cuba kita amati, kenapa kebanyakan orang yang nazak tidak dapat berkata-kata, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidah kamu
ketika maut menghampiri kamu."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu
dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf
dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."


Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. b
erfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang
yang beriman itu".


Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu
dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Back to top Go down
https://lepaknettfm.blogspot.com/
 
Hari Jumaat
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
https://lepaknettfm.blogspot.com :: Segmen Agama-
Jump to:  

Designed by faEQ | Best View : Firefox

Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions